Duyung: Legenda Aurora (M)
- NA
Duyung Lagenda Aurora" adalah sebuah filem komedi fantasi yang mengisahkan tentang kemunculan kembali Duyung Puteri (Maya Karin) yang memohon bantuan Jimmy (Apek) untuk menyelamatkan anaknya, Aurora (Anna Jobling), yang telah ditangkap oleh sekumpulan pencuri ikan menggunakan pukat tunda haram. Dibantu oleh Hamlau (anak Duyung Puteri lakonan Zero), Dashmond, (anak Jimmy dan Aspalela) memulakan pengembaraan mencari Aurora. Perjalanan mereka dipenuhi dengan pelbagai perkara lucu, kerana Hamlau dan Aurora hanya boleh berada di darat tidak melebihi enam jam. Mereka juga ditemani Ajaq (pemandu), dan dengan bantuan Ajaq mereka berjaya menyelamatkan Aurora yang telah dilelong kepada Dr Evo. Dengan tipu muslihat dan kekuatan luarbiasa pahlawan duyung, mereka berjaya mendapatkan semula Aurora. Kisah berakhir dengan pengumuman Dashmond yang ingin mengahwini Aurora.